ADAMASA,ADASIHAT,ADAKEJAYAAN



PROFIL SYARIKAT
Adamasa Network Sdn. Bhd.(Dikenal sebagai Adamasa)diasaskan pada tahun 2009. Adamasa merangkumi penyelidikan dan pembangunan produk, pengilangan, pemasaran dan perkhidmatan yang menyakinkan. Dengan itu, Adamasa merupakan syarikat jualan langsung tempatan terbaru yang paling berpotensi di bidang pemasaran pelbagai peringkat Malaysia.
Adamasa sentiasa mempertahankan falsafahnya iaitu menjayakan orang adalah menjayakan diri.Adamasa berharap memperkayakan kehidupan bangsa dengan produk kesihatan semula jadi yang berkualiti tinggi supaya ahli masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.Adamasa telah merekrut golongan elit yang arif dan berkepimpinan dari pelbagai bidang untuk berjaya bersama-sama demi memanfaatkan masyarakat dengan pegangan nilai “Berjuang dan Berjaya Sama-sama”.
Model perniagaan adalah elemen terpenting dalam menjayakan sebuah perusahaan. Demi mencapai misi Adamasa iaitu memperkenalkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi kepada masyarakat supaya anak bangsa dapat hidup dengan sihat dan cergas, Adamasa telah menyediakan sebuah platform kepada semua usahawan yang ingin menceburi diri dalam perusahaan berdasarkan konsep kesihatan, dengan melancarkan pelan model operasi inovasi baru serta sistem dan proses pengurusan yang canggih. Selain itu, Adamasa juga menyediakan pelan pemasaran dan kursus serta latihan produk yang berkesan supaya mempertingkatkan kualiti dan profesional semua ahli yang terlibat untuk memastikan konsep dan informasi tepat dan betul disebarkan ke setiap sudut dunia.
Pencemaran alam sekitar yang kian serius telah membimbangkan manusia. Oleh itu, penjagaan kesihatan dan pemeliharaan persekitaran adalah misi terpenting manusia di seluruh dunia sejak beberapa abad yang lalu. Kumpulan pemeliharaan kehijauan terus menyebar dan meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Sebagai ahli pemeliharaan kehijauan yang aktif, Adamasa ingin menghasilkan produk yang berasaskan bahan-bahan semula jadi tulen yang berkualiti tinggi, serta menyediakan peluang perniagaan kepada golongan yang ingin memanfaatkan masyarakat pada masa yang sama.
Adamasa yang berpandangan luas dan bermatlamat tinggi terus menyebarkan mesejnya supaya membawa pengaruh positif kepada setiap insan di seluruh dunia serta menyediakan peluang perubahan hidup yang lebih indah dan bahagia.