ADAMASA,ADASIHAT,ADAKEJAYAAN


APAKAH FIBER CLENBEU?
Perkembangan pesat sosioekonomi telah mendorong peningkatan taraf hidup rakyat pada hari ini. Namun, permintaan citarasa hidup yang tinggi dan sikap gila kebendaan terus mengakibatkan generasi muda mengabaikan asas hidup manusia iaitu kesihatan badan. Rentak kehidupan yang begitu pantas, tambahan tabiat pemakanan manusia yang tidak sihat, pembekalan nutrisi yang tidak seimbang, kurang senaman, pencemaran persekitaran serta makanan tiruan yang berleluasa dan sebagainya faktor-faktor dalaman dan luaran turut menjejaskan kesihatan manusia secara beransur-ansur. Ini telah mengakibatkan organ-organ badan manusia tidak dapat berfungsi dengan normal. Salah satunya organ iaitu usus perut yang berperanan penting dalam fungsi detoksifikasi badan perlulah dijaga dengan baik. Jikalau fungsi usus perut terganggu, metabolit dan toksik yang sepatutnya didetoksifikasikan akan terpendam di dalam badan, akhirnya tercetus pelbagai jangkitan penyakit.
Oleh itu, ADAMASA telah menyelidik dan membangunkan FIBER CLENBEU yang banyak membantu dalam usaha detoksifikasi badan supaya mengembalikan kesihatan ahli masyarakat yang sibuk.
FIBER CLENBEU adalah suplemen kesihatan semula jadi yang mengandungi aloe, sekam psyllium, alfalfa dan oren. Serat buah-buhan dan tumbuh- tumbuhan semula jadi boleh dikategorikan kepada serat larut air dan serat tidak larut air. Apabila diserap air, serat boleh larut air akan berubah kepada bentuk gelatin yang membantu menurunkan kolesterol dan mengekalkan kadar gluokosa dalam darah. Manakala serat tidak larut air menyerupai busa yang akan berkembang selepas menyerap air, ia merangsang peristalsis usus yang seterusnya menggalakkan defekasi supaya semua bahan buangan dikeluarkan dari badan.
FIBER CLENBEU merupakan “tukang pembersih kehijauan” badan manusia. Ia membantu detoksikasi dan membersihkan badan kita. Anda boleh bersenyum setiap hari kerana FIBER CLENBEU telah mengembalikan kesihatan anda!
Kenapa Kita Memerlukan FIBER CLENBEU?
Usus perut memainkan peranan yang penting dalam proses detoksifikasi badan kita. Namun demikian, usus perut yang berlipat dan berliku memudahkan sisa-sisa terlekat dalam usus perut sehingga susah dikeluarkan dari badan. Hari demi hari, sisa-sisa makanan yang tertinggal dalam usus perut akan dijangkiti bakteria yang seterusnya menjadi kering, reput dan mengalami penapaian; akhirnya terbentuk najis terlonggok yang berwarna hitam dan bertoksin di atas dinding usus perut. Usus perut adalah tempat himpunan kebanyakan sisa toksin dan metabolit badan manusia. Jikalau toksin terlonggok di dalam usus perut pada jangka masa yang panjang, ia akan menjejaskan kesihatan kita. Toksin yang dibiarkan dalam usus perut akan mengakibatkan penyakit Alzheimer, mempercepatkan proses penuaan, badan dan mulut berbau, kulit berkedutan dan bertompok hitam, hilang selera makan, obesiti, insomnia,yang parah lagi akan menghidapi kanser dan penyakit kronik lain. Di antaranya sepuluh pembunuh kanser global terutama iaitu kanser hati dan kanser kolorektal yang berkedudukan dua dan tiga masing-masing turut dikaitkan dengan usus besar.
FIBER CLENBEU dapat menghilangkan kerunsingan masalah kesihatan usus perut. FIBER CLENBEU yang kaya dengan serat semula jadi dapat membantu penyerapan serat yang mencukupi supaya menggalakkan peristalsis usus untuk memudahkan proses pembuangan najis. Dengan itu, sisa-sisa yang terlonggok dalam usus perut akan dikurangkan dan kesan pembersihan usus perut turut dicapai. Selain itu, FIBER CLENBEU juga mempercepatkan proses pemecahan makanan dan membantu meningkatkan fungsi pencernaan yang seterusnya mencapai kesan kelangsingan badan.
Apakah nutrien yang terdapat dalam FIBER CLENBEU?
1) Sekam Psyllium: Badan manusia memerlukan selulosa sebanyak lebih daripada 27 gram setiap hari agar mencegah daripada pelbagai penyakit serta memelihara kesihatan badan. Sekam Psyllium adalah bahan yang mengandungi selulosa tertinggi di dunia ini. Ia membantu merangsang peristalsis yang turut menggalakkan proses pembuangan najis, mempercepatkan proses pembuangan sisa-sisa dari badan serta mengurangkan keadaan sembelit yang berjaya menurunkan risiko menghidap penyakit kolitis dan pelbagai penyakit usus perut dengan berkesan. Tambahan pula, serat larut air akan berubah menjadi bentuk gelatin apabila bertemu dengan air. Ini telah menambahkan kekenyangan serta mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya mencapai kesan kelangsingan tubuh badan. Selain itu, sekam psyllium dapat mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL (kolesterol jahat), serta menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko menghidap penyakit kardiovaskular.
2) Alfalfa : Mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang membantu memulihkan sistem pencernaan yang terganggu dan menambahkan selera makan. Pada masa yang sama, ia juga membantu meneutralkan asid urik supaya mengelakkan kepekatan asid urik terlalu tinggi dalam darah yang mengakibatkan serangan gout.
3) Aloe: Aloe menggalakkan detoksifikasi dalam organ hati, menghilangkan metabolit dalam badan, dan memulihkan serta membina sel-sel.Kandungan tinctura aloes yang merupakan zat antibakteria yang kuat sehingga dapat menyekat penyebaran patogen. Selain itu, zat aloe emodin yang terkandung dalam aloe dapat menambahkan selera makan, membantu meningkatkan daya pencernaan yang membantu memelihara kesihatan usus besar. Ia juga meningkatkan kesihatan usus perut, mengurangkan masalah sistem pencernaan seperti hyperacidity, candida, kolitis dan sindrom usus terganggu.
4)Oren: Kaya dengan vitamin C yang menyihatkan limpa dan menambahkan selera makan, menghilangkan lemak dan menurunkan tekanan darah, membantu detoksifikasi, memulihkan cirit-birit, meningkatkan sistem imun badan. Kulit oren yang mengandungi pektin dapat merangsang peristalsis usus, mempercepatkan proses pencernaan dalam gastrointestinal, membantu fungsi pembuangan, mencegah perut berangin dan menggalakkan pencernaan makanan.