top of page

Apakah Propolis Hijau Brazil ADAMASA?

 

              Propolis Hijau Brazil ADAMASA berasal dari negara Brazil.Perbezaan rupa bentuk dan kandungan Propolis Hijau Brazil dengan propolis yang dihasilkan dari negara lain adalah amat besar.Ini adalah kerana Propolis Hijau Brazil adalah propolis yang terbaik dan paling tinggi kualiti di dunia ini setelah diiktirafkan oleh pakar-pakar bertaraf antarabangsa. Propolis adalah suatu zat resin yang dikumpulkan oleh lebah madu dari tunas pohon atau pucuk daun-daun muda, yang akan dicampurkan dengan enzim dari tubuh lebah madu, seterusnya digunakan untuk menutupi lubang sarang supaya air hujan tidak akan masuk ke dalam sarang. Sementara itu, propolis juga digunakan untuk membunuh semua kuman dan bakteria yang masuk ke dalam sarang supaya melindungi lebah muda serta mencegah pereputan bangkai lebah. Menurut kajian kebelakangan ini, sarang lebah didapati bebas dari sebarang bakteri dan virus. Oleh itu, propolis bersifat antibakteria, membunuh kuman, pensterilan, anti keradangan dan sebagainya.

 

              Propolis Hijau Brazil ADAMASA merupakan suplemen kesihatan semula jadi yang kaya dengan flavonoid, terpenes, asid organik serta pelbagai jenis asid amino, vitamin dan garam mineral. Kajian membuktikan bahawa gabungan komponen caffeic acid phenethyl ester (CAPE), Kuersetin, Chlorobutanol diterpene dan Artepilin C yang terkandung dalam Propolis Hijau Brazil dapat mencegah pertumbuhan tumor dan merencat karsinogenesis. Bukan itu saja, propolis juga dapat membunuh sel-sel kanser tanpa menghapuskan sel-sel sihat pada masa yang sama. Propolis Hijau Brazil tidak mengandungi sebarang kesan sampingan seperti ubat antikanser. Ini memanglah berita baik untuk semua pesakit kanser dan tumor.

 

              Propolis Hijau Brazil ADAMASA adalah kurniaan antibiotik semula jadi terbaik kepada manusia oleh alam semula jadi. Kesimpulannya, Propolis Hijau Brazil adalah zat yang sangat bermanfaat terhadap kesihatan manusia, ia berfungsi sebagai anti keradangan, antioksidan, membasmi virus dan kuman, antikanser, meningkatkan daya imun dan daya pemulihan badan dan sebagainya. Ia digelar sebagai “Premium Antibiotik Semula Jadi”, “ Tukang Bersih Arteri” dan “Malaikat Pelindung Kesihatan”.

             

Kenapa kita memerlukan Propolis Hijau Brazil ADAMASA?

 

  • Anti Tumor: Propolis Hijau Brazil kaya dengan zat yang dapat mencegah daripada pertumbuhan tumor seperti flavonoid (kuercetin, kaempferol, galangin, dll), terpenes (diterpenes, triterpenes, dll), glikosida yang terkandung dalam polisakarida, enzim lipid (ester isoprena , caffeic asid phenethyl ester) dan sebatian naphthoquinone (Lignan). Kandungan unik Propolis Hijau Brazil iaitu Artepilin C dapat melawan mutasi genetik serta menginduksi apoptosis yang membantu mengawal perkembangan pesakit tumor menjadi kronik. Propolis Hijau Brazil juga dapat merencat aktiviti proteolitik daripada trypsin, membantu pertumbuhan sel-sel normal. Sementara itu, Propolis Hijau Brazil dapat mencegah mutasi kanser melalui fungsi antioksidannya, dan juga melindungi platelet dan sel darah putih. 

 

  • Antibakteria: Propolis Hijau Brazil mengandungi flavonoid, asid aromatik, asid lemak, terpenes dan lain-lain kompenan yang sangat berkesan untuk membunuh bakteria, kulat, cendawan dan sebagainya. Propolis Hijau Brazil meningkatkan imuniti inate (tidak specifik) melalui pengaktifan makrofaj dalam badan. Ia boleh digunakan sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dan kuman apabila anda mengalami sebarang kelukaan, terbakar, tertimbul ulser dan sebagainya. 

 

  • Antioksidan: Propolis Hijau Brazil sudah diterima sebagai antioksidan semula jadi. Ia yang mengandungi flavonoid, vitamin E dan C, serta unsur mikro lain yang tinggi, yang berkesan untuk menghilangkan radikal bebas. Radikal bebas adalah musuh utama kesihatan tubuh badan. Propolis dapat mengatasi kesan radikal bebas untuk mengelakkan kesan oksidasi terlalu tinggi yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan. Selain itu, propolis dapat meneutralkan radikal bebas dengan cepat supaya melambatkan proses penuaan dan mengekalkan tahap kesihatan optimum. Propolis juga menggalakkan metabolisme, menyeimbangkan rembesan endokrin demi mencegah daripada sebarang penyakit.

 

  • Antivirus: Propolis Hijau Brazil juga merupakan zat antivirus semula jadi. Kandungan flavonoid, bioflavanoid dan CAPE sangat berkesan untuk melawan serangan virus. Ujian makmal membuktikan bahawa Propolis Hijau Brazil dapat merencatkan virus influenza, virus vaccinia, virus hepatitis B, virus herpes dan lain-lain dengan menghalang penyebaran virus berkenaan.

 

  • Analgesik: Propolis Hijau Brazil dapat mententeramkan jiwa, membius dan melancarkan sistem saraf manusia yang seterusnya membantu mengurangkan kesakitan dan menghentikan pendarahan. Kajian membuktikan bahawa bius separuh oleh Propolis Hijau Brazil adalah berkesan seperti ubat bius yang lain. Jikalau Propolis Hijau Brazil ditambahkan dalam proses pembiusan, keberkesanan pembiusan akan dipertingkatkan tanpa sebarang kesan sampingan. Dalam hidup harian,Propolis Hijau Brazil boleh menghentikan kesakitan gigi atau menyapukan Propolis Hijau Brazil ke atas luka sebagai ubat anti-radang dan analgesik.

 

  • Anti Ulser: Propolis Hijau Brazil merupakan antivirus yang sangat kuat. Dalam kes-kes ulser perut, ulser peptik dan sebarang gejala ulser dalam usus, flavon pinocembrin, flavanol galangin dan unsur antivirus lain yang terkandung dalam Propolis Hijau Brazil berupaya membunuh virus dan mendirikan satu lapisan pelindung di atas dinding usus perut untuk melegakan gastrik dan kesakitan perut pada masa yang sama. Lapisan pelindung dinding usus perut menggalakkan pembinaan tisu-tisu serta mempercepatkan proses pemulihan ulser perut.

 

  • Merangsang Pertumbuhan Tisu: Propolis Hijau Brazil memperkuatkan tisu-tisu dengan merangsang pertumbuhan tisu serta mempercepatkan proses pemulihan tisu yang rosak, melegakan kesakitan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, juga membolehkan pemulihan tisu tanpa meninggalkan sebarang parut. Oleh itu, Propolis Hijau Brazil berkesan dalam penyembuhan luka potong, luka bakar, luka tersiram oleh air panas dan sebagainya. Sementara itu, Propolis Hijau Brazil menggalakkan penyembuhan ulser dengan memendekkan 1/3 hingga 2/3 masa rawatan.Terutamanya pesakit diabetes yang menghadapi kesusahan penyembuhan luka, ulser mulut, ulser perut, ulser peptik, kudis tekanan, luka bakar dan lain-lain, Propolis Hijau Brazil dapat menyembuh segala ketidakselesaan dengan cepat dan berkesan.

 

  • Mengawal paras lemak, tekanan dan glukosa dalam darah: Propolis Hijau Brazil dapat meningkatkan sistem kardiovaskular badan manusia.Kandungan flavanoid dan terpenes dapat melembutkan dan mengurangkan kerapuhan saluran darah. Pada masa yang sama, ia juga membantu menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam darah, menghapuskan ancaman radikal bebas dalam badan, membersihkan pembuluh darah untuk mengelakkan pengelompokan platelet dan pembentukan trombosis yang seterusnya mengawal paras lemak dan tekanan darah. Di samping itu, Propolis Hijau Brazil dapat menurunkan paras glukosa darah melalui sintesis glikogen yang turut membantu dalam rawatan diabetes. Ia membantu memperbaiki fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dan meningkatkan fungsi dan kualiti insulin. Propolis Hijau Brazil juga membantu memperbaiki fungsi hati dalam penguraian lemak supaya lemak darah dapat diturunkan dan mengembalikan fungsi hati.

 

  •  Meningkatkan sistem imun badan: Propolis Hijau Brazil adalah antibiotik semula jadi yang kuat. Ia membantu mengukuhkan sistem imuniti dengan meningkatkan kuantiti albumin dan gamma globulins,serta menggiatkan sel darah putih dan makrofaj yang seterusnya meningkatkan imuniti inate (tidak spesifik) dan imuniti adaptif (spesifik).

 

Apakah nutrient yang terdapat dalam Propolis Hijau Brazil ADAMASA?

 

Propolis Hijau Brazil yang mengandungi asid amino, asid tumbuh-tumbuhan, pelbagai vitamin, elemen flavonoid, besi, mangan, garam mineral dan sebagainya. Antaranya bahan bioflavonoid yang merupakan salah satu keunikan dan kehebatan Propolis Hijau Brazi.Kedua, Propolis Hijau Brazil mengandungi deprivatif C-isoprena dari asid p-coumaric yang istimewa bahawa ia adalah sejenis bahan rembesan yang hanya wujud dalam bunga kekwa Dionysian.Tetapi setelah diperhatikan dengan mikroscop, Propolis Hijau Brazil dibuktikan mengandungi daun kekwa Dionysian yang menjadikannya berbeza daripada propolis yang lain. Selain itu, Propolis Hijau Brazil juga mengandungi iso-pentene phenylpropanoid yang tidak terdapat daripada propolis lain.

 

Oleh itu, Propolis Hijau Brazil telah diiktirafkan sebagai produk berkualiti tinggi dan propolis kelas pertama yang berfungsi sebagai anti-radang, antibakteria, antioksidan, anti penuaan, antikanser, mengembalikan tenaga, mendetoksifikasi, meningkatkan daya imun serta pemulihan semula jadi. Ia digelarkan sebagai “Ubat Penawar Moden”.

 

Apakah Keunikan Propolis Hijau Brazil ADAMASA?

 

              ADAMASA telah menghasilkan Propolis Hijau Brazil dengan teknologi NMR (Nuclear Magnetic Resonance) yang dengan konsepnya penghasilan semakin kecil saiz molekul, semakin mudah molekul untuk menembusi sel-sel manusia.Dengan resonansi Teknologi NMR, molekul dijadikan dalam struktur kristal kecil yang berbentuk heksagon. Oleh sebab struktur mikro-kluster heksagon adalah sepadan dengan membran sel, ia boleh menembusi ke dalam sel badan manusia dan diserap dengan mudah.

 

    Oleh itu, Propolis Hijau Brazil yang dihasilkan dengan teknologi NMR bukan saja kaya dengan pelbagai nutrient, tetapi juga menembusi ke dalam sel badan manusia dan diserap dengan mudah. Ia dapat menghantar mesej melalui sel-sel badan supaya membangunkan sel yang tertidur untuk mengembalikan fungsi sel tersebut. Apabila nutrient yang cukup disalurkan kepada setiap sel-sel badan, daya imun yang kuat akan dikembalikan dan sel-sel badan akan mencapai fungsi pemulihan semula jadi.

 

© 2014 by Adamasa Network Sdn. Bhd.
 

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • w-googleplus
bottom of page